Monday, April 26, 2010

kerdilnya...

Sukar untuk di bicarakan…..kerdilnya diri ini….

Memang kita dilahirkan ke dunia ini mempunyai tanda keagungan Ilahi bahawa Dia Yang Maha Pencipta dan Maha Agung. Setiap ciptaaNya adalah sebaik-baik kejadian. Tiada tandingan setara denganNya melainkan orang-orang yang ingkar dengan keagunganNya mengaku dirinya adalah Tuhan. Kemudian menyekutukan Allah, Tuhan yang satu.
Terciptanya dunia ini kerana wujudnya sesuatu yang mungkin tidak terjangkau oleh fikiran seorang hamba yang dhaif lagi hina di sisi Tuhan.Pastinya…..yang tidak dapat di debatkan lagi oleh akal-akal mengenai zatNya. Nyata …Dialah Yang Maha Berkuasa lagi Maha mengetahui setiap ciptaanNya.
Melalui Adam dan Hawa maka lahirlah kita di dunia ini dengan memegang segunung amanah yang tidak mungkin ditampung sebelah bahu sahaja melainkan dengan kesanggupan, keikhlasan dan ketaatan kepadaNya. Mengapa tidak kepada bukit, gunung atau haiwan yang memikul amanah tersebut? Mengapa kita darah daging Adam dan Hawa di jadikan khalifah di dunia ini? Tidak ada ciptaan lainkah yang akan menggantikan insan ini? Dia Maha Berkehendak.
Bukan Malaikat yang menjadi khalifah di muka bumi ini tetapi insane yang lemah bahkan penuh dengan keinginan dan keghairahan. Maka kesempuranaan ciptanNya terserlah. Diutusnya Nabi dan Rasul sebagai penyelamat ummah tetapi insane itu jualah yang memaling dari kebenaran dengan kedegilan serta kerakusan nafsu yang melata dan menguasai diri. Tidak terurai dengan kalimah shahadah tetapi disusuli dengan hikmah. Hebat tindakan tersebut ….tetapi semuanya kembali lepada Kekuasaan dan Hidayah dari Rabbul Jalil.

.......bersambung...

No comments: