Saturday, December 25, 2010

Halal& Nice

(HPA) **NAME**, Produk Yang Dihasilkan Oleh HPA

Assalamualaikum dan salam sejahtera **sahabat**

Semoga **Sahabat** sihat selalu di samping keluarga.


**Sahabat**, hidup sihat berasaskan herba kini memasuki
era moden. HPA telah berjaya memasarkan produk-produk
herba secara komersil.


Sehingga kini, lebih 300 jenis produk telah pun
dipasarkan dan banyak lagi akan dilancarkan pada masa
akan datang. HPA menitikberatkan kualiti dan proses
pengeluaran yang menjamin mutu produk sentiasa konsisten.


Penggabungan rohaniah dalam proses pembuatan, meningkatkan
lagi keikhlasan terhadap tugas-tugas menyediakan herba
rawatan untuk manusia.


Di bawah adalah senarai ringkas produk HPA mengikut
kategori :-


Produk Kapsul dan Gel
Mega 3, Malac, Plantisol, Morin A, Roselle, Shark Cartilage Plus,
Herba Tuju Angin, Coscinium Plus, Paramaria Plus, Radix, Vitex,
Herba Keputihan, Ardisia, Ficus, Pelawas, Herba Senggugut dan
banyak lagi.


Produk Kegunaan Harian
Perencah Alami, Ubat Gigi Herba, Ubat Gigi Amal, Berus Gigi Kasturi,
Tea Tree Oil Cream, Kiswah, Beras Perang Organik dan banyak lagi.


Produk Kosmetik
Body Scrub, Krim Pelangsing Badan, Multi Vitamin Scrub Mask,
Light Moisture Balance, Essential Cream Cleanser, Calming Fluid,
Anti Pimple Cream, Sabun Pegaga Alami dan banyak lagi.


Ada lagi **Sahabat**.


Produk Minuman Dan Makanan
Radix Coffe, Radix Koko, Teh Manjakani, Radix Cola, Radix Sarsi,
RTD Pink Guava, Rempah Daging Dan Ayam, Halwa Roselle, Jem Nenas
Dan banyak lagi.


Produk Minyak
Minyak Barut, Minyak Bayi, Krim But-But, Minyak But-But, Tonik
Pandan, Minyak Pati Sepang, Minyak Zaitun dan Minyak Herba.


Produk Kelengkapan Umrah & Haji
Omrahaj Shampoo & Body Wash, Omrahaj Sabun, Omrahaj Cleansing
Gel dan Omrahaj Lip Balm.


**Sahabat** lihatlah saja katalog produk HPA di bawah
==> http://shahrulnizam.biz/pengguna-hpa/katalog-produk-hpa-2010/

Itulah saja e-mail saya kali ini. Saya akan sambung pada e-mail
akan datang.

[Rafiah Mamat]
[http://shahrulnizam.biz/hpa/index.php?ref=aunikhaulah ]

Tuesday, November 16, 2010

Rintihan seorang hamba...




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Ya Allah, Engkau jua tempat aku meminta dan berserah. Di kala aku di timpa ujian, maka aku menoleh mengingatimu, di kala aku gembira, aku melupaimu… Astaghfirullahal ‘azimm. Kenapa aku begitu lupa dengan tanggungjawabku ini? Kenapa aku alpa, leka dan lalai dengan urusan dunia semata-mata. Tiada lagikah secarik ingatan tazkirah yang boleh memperingatiku ini?Ya Allah, aku memerlukanmu…Ya Allah aku memerlukan anugerah darimu..seseorang yang boleh mendidik, mentarbiah dan menta’dibkan diriku ini…..aku masih kecil, kehingusan dan kehausan tentang duniawi dan juga ukhrawi.Aku memerlukan teman seperjuangan yang boleh meniti kehidupan ini dengan hati yang tenang….hanya menunggu balasan keberkatan, kerahmatan dan kasih saying darimu. Tetapi, aku Cuma insan biasa, yang hanya mampu menyimpulkan sebagai satu impian dan harapan. Segalanya adalah kehendakmu ya Rabbi…

Ya Rabbi…aku tidak biasa untuk melangkah sendirian tanpa petunjuk dan hidayah darimu. Mana mungkin aku mampu bangkit jika sedikit pedoman iaitu al-Quran tiada dalam diari kehidupan hidupku sebagai satu amalan harian. Alangkah kecewanya diri ini, kerana aku tewas sekali lagi dengan tipu daya syaitan yang sentiasa menghasut hambanya menuju ke jalan yang gelap itu…aku tewas..aku lemas ya Allah…tolonglah hambamu ini.

Ya Tuhan, tika dulu aku seorang yang cekal dan tabah menghadapi dugaan, tapi kenapa pada saat ini, aku tidak bermaya seolah-olah sesuatu telah menghalang untuk diriku menangkis kembali. Tidak jua bangkit-bangkit…Ya Allah!!!
Aku mahu menangis sepuas-puasnya pabila menghadapmu.Tetapi hilang begitu tanpa rasa apa-apa…bukankah itu tandanya, aku berdosa dan tidak mendapat barokah?Doaku tidak makbul barangkali…ampunilah dosaku ya Allah. Aku tiada kesedaran mungkin…hanya menadah dan menangkat tangan kehadratmu secukup rasa sahaja. Mungkin ianya tidak memenuhi syarat seorang hamba menghadap kepada Tuhan Rabbul ‘izzati. Dimanakah keikhlasanku ini? Sehingga aku menerima ujian sebegini rupa…

Aku masih ingat, apabila sampai ke tahun akhir sesi pengajianku ini, maka pelbagai dugaan yang mendatang tanpa diduga. Sekilas tidak terfikir pada diriku ini. Keputusan pencapaianku juga merosot, badanku makin susut, kepalaku sering sakit dan pelbagai fikiran yang bermain-main dikotak tanpa izin. Aku tahu, semua itu adalah permainan syaitan yang sentiasa tidak lekang untuk mengheret hamba-hambanya kea rah kesesatan.
Ya Allah…adakah dia merupakan teman hidupku untuk selama-lamanya? Aku sentiasa mendoakan agar rumah tanggaku, sampai ke penghujungnya dan tidak sia-sia untuk mendapat KeredhaanNya. Aku sentiasa bersamanya di dunia dan akhirat. Amiin Ya Robbal ‘alamiin…


Friday, August 20, 2010

Nikmat


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Allah s.w.t. berfirman :

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu dapat menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat)”. (Ibrahim:34)

Bahkan nikmat yang paling tidak terhingga ialah nikmat iman, Islam dan Iman untuk kita,Allah s.w.t. berfirman:

”Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Kuredhai Islam itu jadi agama bagimu.” (Al-Ma’idah: 3)

”Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.:”(Ali-Imran: 19)

”Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Ali-Imran: 85)

Maka, kita sebagai hamba yang lemah dan kerdil ini, perlu merafa'kan kesyukuran yang tidak berbelah bahagi kepada ALLAH swt dengan semua pemberianNYA.

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu, tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
Sesungguhnya sudah pasti kita tidak mampu menghitung atau mengira nikmat-nikmat Allah yang diberikan kepada kita tanpa meminta sebarang balasan. Justeru itu perlulah kita menyedari segala nikmat yang dianugerahkan tidak kira ketika sihat, suka, senang, mudah bergerak, bercakap, melihat, mendengar dan sebagainya yang digunakan dalam kehidupan seharian kita.

Dengan kedatangan Ramadhan yang penuh berkat ini, kita bersama2 menadah tangan mengucapkan syukur padaNYA, peluang ini mungkin tidak akan berulang lagi sekiranya kita sudah tiada di alam yang fana ini. Mana mungkin peluang yang amat luas kita calarkan dengan noda2 hitam tanpa segan silu padaNYA. Setiap pemberiannya, kita perlu menerimanya dengan hati yang ikhlas.

Bersama mencapai nikmat yang hakiki sempena di bulan yang mulia ini. RAMADHAN KAREEM..

Tuesday, August 17, 2010

Kaedah JIBRIL

Assalamualaikum

sahabat sahabiah , moga kita semua mendapat keberkatan, kerahmatan dan keampunann di bulan yang mulia ini dengan berlumba-lumba untuk mendapat kenikmatan ibadah .Di sini saya ingin berkongsi bersama sahabat sahabiah mengenai menghafaz Al-Quran melalui kaedah Jibril yang di ketuai oleh :
Daripada Pengasas Kaedah Jibril,
Ustaz Mohd Asraff Ayob Al-Hafiz
www.asraffayob.com

Berminant untuk pembelian ebook bolehlah klik di url ini :
http://www.kaedahjibril.com/index.php?ref=aunikhaulah







Pembelian sahabat sahabiah akan mendapat balasan dari Allah SWT.Ianya baik untuk seisi keluarga, anak-anak ..ibu bapa..

Tuesday, August 10, 2010

Bersyukur padaNYA, dapat jua bertemu dengan keluarga abang di sana. Insya Allah, panjang umur kita akan berjumpa lagi...

Kenangan ketika bersama tidak akan dilupakan..






Thursday, May 27, 2010

sabar...

Sabar termasuk akhlak yang paling utama yang banyak mendapat perhatian Al-Qur’an dalam surat-suratnya. Imam al-Ghazali berkata, “Allah swt menyebutkan sabar di dalam al-Qur’an lebih dari 70 tempat.”
Ibnul Qoyyim mengutip perkataan Imam Ahmad: “Sabar di dalam al-Qur’an terdapat di sekitar 90 tempat.”
Abu Thalib al-Makky mengutip sebagian perkataan sebagian ulama: “Adakah yang lebih utama daripada sabar, Allah telah menyebutkannya di dalam kitab-Nya lebih dari 90 tempat. Kami tidak mengetahui sesuatu yang disebutkan Allah sebanyak ini kecuali sabar.”( http://tarbiyahweekly.wordpress.com/2007/10/25/sabar-menurut-al-quran/)

Adakah sabar itu ada hadnya? Benarkah diri kita mampu mengatakan sabar tapi sebenarnya tidak...? Jika begitu, adakah kita telah tergolong dikalangan orang yang berputus asa dengan rahmat Allah? Tidak bersyukur dengan apa yang ada...kita tidak sehebat nabi ayub, nabi yusuf dan nabi muhammad saw...tapi setidak2nya kita mesti berusaha untuk mengamalkan nya walaupun kita dirintangi pelbagai halangan...Allah telah pun berjanji bahawa org yg beriman pasti diuji...

Dalam Surat al-Ankabut [29]]: 1-3 “Ali Laam Miim. Apakah manusia mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan; kami telah beriman, padahal mereka belum diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta.

Ingatlah..ini merupakan sunnatullah. Kita sbg hamba mesti buat yang terbaik untuk mencapai keredhaanNYA.

Dalam surat Al-Insaan [76]: 2 “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang tercampur yang Kami hendak mengujinya )dengan perintah dan larangan)”.

Inilah tanggungjawab kita sebagai hamba..

Monday, April 26, 2010

kerdilnya...

Sukar untuk di bicarakan…..kerdilnya diri ini….

Memang kita dilahirkan ke dunia ini mempunyai tanda keagungan Ilahi bahawa Dia Yang Maha Pencipta dan Maha Agung. Setiap ciptaaNya adalah sebaik-baik kejadian. Tiada tandingan setara denganNya melainkan orang-orang yang ingkar dengan keagunganNya mengaku dirinya adalah Tuhan. Kemudian menyekutukan Allah, Tuhan yang satu.
Terciptanya dunia ini kerana wujudnya sesuatu yang mungkin tidak terjangkau oleh fikiran seorang hamba yang dhaif lagi hina di sisi Tuhan.Pastinya…..yang tidak dapat di debatkan lagi oleh akal-akal mengenai zatNya. Nyata …Dialah Yang Maha Berkuasa lagi Maha mengetahui setiap ciptaanNya.
Melalui Adam dan Hawa maka lahirlah kita di dunia ini dengan memegang segunung amanah yang tidak mungkin ditampung sebelah bahu sahaja melainkan dengan kesanggupan, keikhlasan dan ketaatan kepadaNya. Mengapa tidak kepada bukit, gunung atau haiwan yang memikul amanah tersebut? Mengapa kita darah daging Adam dan Hawa di jadikan khalifah di dunia ini? Tidak ada ciptaan lainkah yang akan menggantikan insan ini? Dia Maha Berkehendak.
Bukan Malaikat yang menjadi khalifah di muka bumi ini tetapi insane yang lemah bahkan penuh dengan keinginan dan keghairahan. Maka kesempuranaan ciptanNya terserlah. Diutusnya Nabi dan Rasul sebagai penyelamat ummah tetapi insane itu jualah yang memaling dari kebenaran dengan kedegilan serta kerakusan nafsu yang melata dan menguasai diri. Tidak terurai dengan kalimah shahadah tetapi disusuli dengan hikmah. Hebat tindakan tersebut ….tetapi semuanya kembali lepada Kekuasaan dan Hidayah dari Rabbul Jalil.

.......bersambung...