Tuesday, November 16, 2010

Rintihan seorang hamba...




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Ya Allah, Engkau jua tempat aku meminta dan berserah. Di kala aku di timpa ujian, maka aku menoleh mengingatimu, di kala aku gembira, aku melupaimu… Astaghfirullahal ‘azimm. Kenapa aku begitu lupa dengan tanggungjawabku ini? Kenapa aku alpa, leka dan lalai dengan urusan dunia semata-mata. Tiada lagikah secarik ingatan tazkirah yang boleh memperingatiku ini?Ya Allah, aku memerlukanmu…Ya Allah aku memerlukan anugerah darimu..seseorang yang boleh mendidik, mentarbiah dan menta’dibkan diriku ini…..aku masih kecil, kehingusan dan kehausan tentang duniawi dan juga ukhrawi.Aku memerlukan teman seperjuangan yang boleh meniti kehidupan ini dengan hati yang tenang….hanya menunggu balasan keberkatan, kerahmatan dan kasih saying darimu. Tetapi, aku Cuma insan biasa, yang hanya mampu menyimpulkan sebagai satu impian dan harapan. Segalanya adalah kehendakmu ya Rabbi…

Ya Rabbi…aku tidak biasa untuk melangkah sendirian tanpa petunjuk dan hidayah darimu. Mana mungkin aku mampu bangkit jika sedikit pedoman iaitu al-Quran tiada dalam diari kehidupan hidupku sebagai satu amalan harian. Alangkah kecewanya diri ini, kerana aku tewas sekali lagi dengan tipu daya syaitan yang sentiasa menghasut hambanya menuju ke jalan yang gelap itu…aku tewas..aku lemas ya Allah…tolonglah hambamu ini.

Ya Tuhan, tika dulu aku seorang yang cekal dan tabah menghadapi dugaan, tapi kenapa pada saat ini, aku tidak bermaya seolah-olah sesuatu telah menghalang untuk diriku menangkis kembali. Tidak jua bangkit-bangkit…Ya Allah!!!
Aku mahu menangis sepuas-puasnya pabila menghadapmu.Tetapi hilang begitu tanpa rasa apa-apa…bukankah itu tandanya, aku berdosa dan tidak mendapat barokah?Doaku tidak makbul barangkali…ampunilah dosaku ya Allah. Aku tiada kesedaran mungkin…hanya menadah dan menangkat tangan kehadratmu secukup rasa sahaja. Mungkin ianya tidak memenuhi syarat seorang hamba menghadap kepada Tuhan Rabbul ‘izzati. Dimanakah keikhlasanku ini? Sehingga aku menerima ujian sebegini rupa…

Aku masih ingat, apabila sampai ke tahun akhir sesi pengajianku ini, maka pelbagai dugaan yang mendatang tanpa diduga. Sekilas tidak terfikir pada diriku ini. Keputusan pencapaianku juga merosot, badanku makin susut, kepalaku sering sakit dan pelbagai fikiran yang bermain-main dikotak tanpa izin. Aku tahu, semua itu adalah permainan syaitan yang sentiasa tidak lekang untuk mengheret hamba-hambanya kea rah kesesatan.
Ya Allah…adakah dia merupakan teman hidupku untuk selama-lamanya? Aku sentiasa mendoakan agar rumah tanggaku, sampai ke penghujungnya dan tidak sia-sia untuk mendapat KeredhaanNya. Aku sentiasa bersamanya di dunia dan akhirat. Amiin Ya Robbal ‘alamiin…