"Allah the Almighty has said: 'O son of Adam, so long as you call upon Me, and hope in Me, I shall forgive you for what you have done, and I shall not mind. O son of Adam, were your sins to reach the clouds in the sky and were you then to ask forgiveness of Me, I shall forgive you. O son of Adam, were you to come to Me with an earthful of sins and were you then to face Me, without having associated anything with Me, I shall grant you an earthful of pardon.'" (Recorded by Al-Tirmidhi)
Friday, June 12, 2009
1 lepas 1...
Hari demi hari, kita mendengar banyak perkara yang berlaku di sekeliling kita. Satu demi satu, ianya semakin menjadi-jadi tika kita asyik bersuka ria bersama teman-teman, sahabat handai di kampus, tapi ianya tidak seindah yang kita idamkan.
Seorang meningkat dua, tiga.., bilangannya makin tidak terkira apabila memikirkan nasib Hawa yang sekian kali di ratah, di robek oleh sang lelaki durjana yang bertopengkan syaitan laknatullah. Dimanakah sifat kemanusiaan yang ada pada seorang yang bergelar Adam tapi telah mengkhianati diri sendiri menjadikan seorang lelaki yang tidak ada pengenalan diri, tidak mengenal asal usul diri sebagai pemimpin yang utama di bumi ini.
Datuk, ayah, abang dan seangkatan dengannya sudah tidak mengenali lagi siapakah nenek,emak, isteri, anak, adik....nafsu buas yang bermaharajalela dalam diri tidak dapat dibendung lagi kerena ketipisan iman, ketandusan amalan, kelonggaran kemaluan malah menganggap ianya satu kenikmatan serta kepuasan yang tidak bertempat yang patut mereka lakukan tanpa segan silu. Dimanakah sifat mulia yang sebenarnya? adakah masih terkunci di sebalik nafsu?
Kegelisahan pada riak Hawa makin jelas tampak diwajah, kegusaran dan ketakutan makin menghantui episod hidup seorang hawa untuk meniti hari. Tetapi...alangkah sedihnya, kaum sejenisku masih tidak sedar akan amanah yang diberikan Tuhan. Semasa tiupan roh ditiup saat di dlam rahim ibu, semuanya sanggup memikul amanah, tapi semuanya telah berubah pabila celik dibumi yang fana yang pastinya dipenuhi dengan cabaran. Aurat dilupakan, batasan pergaulan dilupakan,ilmu dipinggirkan...
Jika diikutkan pada fikiran kita semua, segalanya terlalu cukup untuk dikecapi oleh Hawa, tapi di ubah oleh seorang wanita yang tidak mempunyai iman yang kukuh untuk menjadikan perisai sebagai tarikan nafsu pada yang tidak sepatutnya. Yang besar dikecilkan, yang labuh disingkatkan, yang hebat senang di tonjolkan. Dimanakah sifat malu???
Ini adalah luahan rasa pada diri penulis sahaja. Untuk peringatan muslimah, selalulah berdoa kehadrat Allah s.w.t semoga selamat dalam melakukan segala hal tidak kiralah ketika berada dirumah mahupun di luar sana. Moga-moga kita semua sentiasa di dlam peliharaanNya. Aminn Ya Rabb..
Doa untuk muslimah untuk dikongsi bersama.Fikirkanlah...
Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak
Di Rogol & Cabul
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www..zaharuddin.net
Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.
Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Iaitu :-
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)
Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.
Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.
Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)