Friday, June 5, 2009

Ancaman website untuk Islam...




Saya mendapat tahu dari seorang ustaz, satu penghinaan terhadap umat Islam tentang sirah Rasulullah s.a.w. Ianya salah satu laman web biadap yang perlu ditegah kerana ianya menyentuh sensitiviti agama Islam. Saya sudah melihat laman web tersebut, banyak yang telah diselewengkan dan ditokok tambah.

Semoga kita semua berhati-hati dalam menilai sesuatu website yang semakin mencabar seluruh ummah khasnya Islam. Ini laman web yang menghina Rasulullah s.a.w: http://news.faithfreedom.org

Kita juga perlu sedar untuk menangkis segala jenis penghinaan atau penyelewengan adalah dengan ilmu. Dengan adanya ilmu kita boleh menyalurkan dan menyampaikan segala maklumat yang betul untuk dikongsi seluruh pengguna di alam maya ini.