Thursday, June 4, 2009

Sekadar Renungan Bersama..




1. Apabila sempuran akal, kurang perkataan. - Saidina Ali Abi Talib

2.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, “Setiap mata akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang menutup dari melihat sesuatu yang haram, mata yang berjalan malam dalam jihad pada jalan Allah dan mata yang menitiskan air mata sekali pun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.” (H.R Abu Naim)

3.Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari ( Saidina Ali)

4. Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti - Hukama

5.Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya ~ Confucius

6.Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap - Al-Ghazali Bayruni

7.Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh -Albert Einstein

8.Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji- (La Roche)

9.Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya. - Marcus Aurelius

10.Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,
memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan
Semua kata mutiara diatas di ambil dilaman koleksi mutiara: http://blog.mixterr.com/koleksi-mutiara-kata/